Pengenalan Dan Salasilah

Ditulis pada .

PENGENALAN JKR DAERAH KUALA TERENGGANU

Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1953 yang ketika itu dikenali sebagai Public Work Department (P.W.D) dan merangkumi kawasan pentadbiran seluas 605.3 kilometer.

Pada awal penubuhannya, Jabatan ini ditempatkan di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu dan ketika itu Jurutera Daerah ialah Encik Woodcock JP yang mentadbir bermula tahun 1953 sehingga 1955.

Pada tahun 1979, Pentadbiran Pejabat Jurutera Daerah Kuala Terengganu telah berpindah ke Tingkat 11, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. Pada tahun 1983 berpindah ke Tingkat 9, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu yang kemudiannya berpindah lagi ke Tingkat 2 & 3, Wisma Negeri pada tahun 2004.

Bagi melicinkan Pentadbiran JKR Kuala Terengganu, Tuan Jurutera Daerah telah menubuhkan beberapa Bahagian dan Unit, antaranya Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan Negeri, Bahagian Bangunan Persekutuan & Pendidikan, Bahagian Senggara, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan dan Bahagian IT.

Bahagian Jalan telah menempatkan Unit Penyenggaraan Jalan di Depo Jalan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu dan kemudiannya pada tahun 1989 telah memindahkan Pejabat Operasinya ke Depo Chendering, Kg.Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Manakala Bahagian Senggara telah menempat Unit Penyenggaraan/Majlis Rasmi di Depo Senggara, Jalan Bukit Kecil, Unit Penyenggaraan Padang Golf di Istana Badariah dan Unit Penyenggaraan Kem di Kem Askar Seberang Takir, Kuala Terengganu.

 

SALASILAH JURUTERA DAERAH KUALA TERENGGANU

BIL.

NAMA JURUTERA DAERAH

TAHUN BERKHIDMAT

1

 EN. WOODCOCK JP

1953 - 1955

2

 EN. HAMID

1955 - 1957

3

 EN. AHMAD DIN

1957 - 1959

4

 EN. NG. CHIN HIN

1960 - 1962

5

 EN. P.C. WICK

1962 - 1963

6

 EN. SHAMSURI HAJI ALI

1963 - 1965

7

 EN. NG. CHIN HIN

1966 - 1967

8

 EN. LIM TONG PENG

1968 - 1969

9

 EN. SHARIL HAJI M. AMIN

17.05.1969 - 17.04.1970

10

 EN. HO CHONG TAT

18.04.1970 - 03.07.1972

11

 EN. LAU PANG CHONG

04.07.1972 - 30.12.1976

12

 EN. CHIN WATT BOON

01.01.1977 - 19.09.1978

13

 EN. ABD. KADIR AWANG HAMAT

20.09.1978 - 01.01.1981

14

 EN. HAMZAH B. HASSAN

18.01.1981 - 31.12.1984

15

 EN. TAI LAI SENG

01.01.1985 - 31.12.1987

16

 Ir. LEONG LIT CHENG

01.01.1988 - 30.04.1991

17

 Ir. HAJI ABDULLAH B. HASSAN

01.05.1991 - 31.12.1994

18

 Ir. HAJI ROSHDI B. ABD. RAHMAN

16.03.1995 - 31.03.1997

19

 EN. MAT ANUAR B. HASSAN

01.04.1997 - 01.02.1998

20

 EN. MOHD ZAWAWI B. GHAZALI

02.02.1998 - 15.03.2001

21

 Ir. HAJI SYED ABDUL RAHMAN B. SYED ABDULLAH

16.03.2001 - 31.01.2004

22

 Ir. RUSLI B. EMBOK

01.02.2004 - 15.04.2005

23

 EN. RAHIM B. HUSAIN

16.04.2005 - 28.02.2007

24

 Ir. NOOR EZZUDDIN B. GHAZALI AZMI

01.03.2007 - 30.04.2007

25

 Ir. HAJI WAN MAZUKI B. WAN ISMAIL

01.05.2007 - 15.11.2007

26

 YM. TENGKU MAJID B. TENGKU SALIM

16.11.2007 - 31.01.2010

27

 HAJI MD. ZAID B. ALI

16.04.2010 - 1-11-2014

28

 Ir. RADZUAN BIN MOKHTAR

1.12.2014 - 25.5.2015

29   FAUZI BIN JUNUS

 26.5.2015 - 03.09.2018

30  Ir. ANUAR BIN NGAH

03.09.2018

HINGGA SEKARANG