Perutusan Jurutera Daerah

Ditulis pada .

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH JKR KUALA TERENGGANU

 

 

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Terengganu..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Korporat  & Unit ICT serta  Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Laman Web JKR Daerah Kuala Terengganu yang menyediakan laman web ini.  Laman Web Rasmi JKR Daerah Kuala Terengganu dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan jabatan ini, serta sebagai sebuah jabatan yang berfungsi dan bertanggungjawab ke atas pembangunan kemudahan awam dan Infrastruktur di Daerah Kuala Terengganu khususnya..

Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja harian masing-masing.

Harapan saya semoga maklumat -maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada kita semua dan juga semua 'stake holders' JKR Daerah Kuala Terengganu.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

Selamat melayari laman web ini.

"Jasa Kepada Rakyat"

"TERENGGANU MAJU,BERKAT SEJAHTERA"

Sekian, wassalam dan terima kasih.

 

 

Ir. ANUAR BIN NGAH
Jurutera Daerah
Kuala Terengganu